Dapatkan produk songket di sini.
0 produkdi keranjang belanja Anda

Tidak ada produk di keranjang.

Pentingnya Kain Tenunan Pada Masyarakat Melayu Brunei

Penggunaan songket bagi masyarakat Melayu sudah tidak asing lagi, baik itu di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura. Di Brunei sendiri Songket ini disebut kain tenunan tradisional yang dibuat dengan tangan menggunakan benang metalik bewarna emas dan perak supaya kelihatan lebih mewah. Pada masa ini benang metalik lebih beragam warnanya, hampir semua benang metalik ada semua warna. Benang logam metalik adalah untuk corak atau motif pada kain hingga mewujudkan efek berkemilau atau elegant.

Pada umumnya, kain tenunan dipakai pada majelis- majelis rasmi, majelis perkawinan dan lebih populer pemakaian kain songket adalah pada hari raya.
Pada masyarakat Brunei, tenunan digunakan sebagai pakaian dan juga sebagai hantaran perkahwinan. Kain tenunan berperan penting untuk mewujud dan mengeratkan hubungan sosial, serta melambangkan status sosial. Salah satunya adalah kain corak Jong Sarat biasanya untuk hantaran perkahwinan yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Dalam masyarakat Brunei, sebuah perkahwinan tersebut dianggap tidak sempurna, dan membuat rasa malu apabila pengantin lelaki tidak mampu memberikan hantaran kain tenunan Brunei kepada bakal isterinya.
Selain itu kain tenunan juga melambangkan kasih sayang, dengan memberikannya juga menunjukkan kestabilan kedudukan ekonomi pengantin lelaki (Siti Norkhalbi 2005).

Pada majelis pertunangan ataupun perkahwinan pula, pengantin perempuan memberikan kain tenunan sebagai hantaran balasan Kain tenunan untuk menunjukkan bahawa pengantin perempuan tersebut mempunyai status yang sama atau lebih tinggi taraf sosialnya dengan pengantin lelaki.

Sepanjang majlis perkawinan mereka, kain tenunan Brunei dipakai. Ketika bersanding sepasang pengantin memakai kain tenunan yang bercorak dan warna yang sedondon. keseragaman itu menunjukkan bahwa pengantin bersatu, baik dalam kesefahamannya. (Siti Norkhalbi 1999). Pemakaian kain tenunan dalam majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu tidak hanya dilihat sebagai perluahan makna simbolik tentang hubungan sosial, tetapi juga perasaan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dalam melayani pasangan pengantin dengan sewajarnya sesuai dengan pepatah Melayu bahawa pasangan pengantin adalah merupakan ‘raja sehari’ di hari perkahwinan mereka.

Rujukan:

  • 2006, Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah, Kain Tenunan Brunei: Warisan, Cabaran dan Masa Depan.
  • Songket, Wikipedia

Tulis Komentar